[ PERINGATAN ] Sayangi Ibu Anda...
Ketika berusia 1 Tahun : Ibu suapkan makanan dan mandikan kita. Cara kita ucap terima kasih kpd nya hanyalah dgn menangis sepanjang malam.
Ketika berusia 2 Tahun : Ibu mengajar kita main..Kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil ketawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil..
Menjelang 3 Tahun : Ibu menyediakan makanan dgn penuh rasa kasih sayang dan kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan ke lantai..
Ketika usia 4 Tahun : Ibu membeli sekotak pensil warna,kita ucap terima kasih dengan menconteng dinding rumah...
Berusia 5 Tahun : Ibu membeli sepasang pakaian baru,kita ucap terima kasih dgn bergolek-golek dalam lopak kotor..
Setelah berusia 6 Tahun : Ibu memimpin tangan kita ke sekolah,kita ucapkan terima kasih dengan menjerit "Tak nak....!!
Apabila berusia 7 Tahun : Ibu belikan sebiji bola,cara kita ucapakan terima kasih ialah pecahkan tingkap rumah jiran..
Menjelang usia 8 Tahun : Ibu belikan ais krim,kita ucap terima kasih dgn mengotorkan pakaian ibu.
Ketika usia 9 Tahun : Ibu meghantar kita ke sekolah/tempat mengaji,kita ucap terima kasih kepadanya dengan ponteng kelas..
Berusia 10 Tahun : Ibu menghabiskan masa sehari suntuk menemankan kita kemana sahaja..kita ucapkan terima kasih dengan tidak betegur sapa dengannya..
Apabila berusia 11-12 Tahun : Ibu menyuruh membuat kerja sekolah,kita ucapkan terima kasih dengan menonton TV..
Menjelang usia 13-17 Tahun : Ibu meghantar kita ke Tingkatan 1 hinggalah sampai ke Tingkatan 5,kita ucapkan terima kasih dgn ponteng sekolah dan Ibu suruh pakai pakaian menutup aurat..kita ucapakan terima kasih dengan memberitahu bahawa pakaian itu bukan trend sekarang..
Menjelang usia 18 Tahun : Ibu menangis gembira apabila mendapat tahu kita diterima masuk ke IPTA,Kita ucapkan terima kasih dgn bersuka ria bersama kwn-kwn..
Ketika berusia 19 Tahun : Ibu bersusah payah membayar yuran pengajian,menghantar kita sampai mendapatkan ilmu yg lebih tinggi,kita ucapkan terima kasih dgn hanya melalui telefon sahaja tanpa mengucapkan terima kasih dan mencium tangan nya..
Berusia 20 Tahun : Ibu bertanya sama ada kita ada teman istimewa,kita menjawab dengan "Itu bukan urusan Ibu "
Setelah berusia 21 Tahun : Ibu cuba memberi pandangan mengenai kerjaya..Kita kata " saya x nak jd mcm Ibu"
Ketika berusia 22-23 Tahun : Ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya,kita bercerita mengenai kesibukan kerja.. Dan kemudian suatu hari,kita mendapat berita Ibu Meninggal,khabar itu bagaikan petir !! dalam lelehan air mata,barulah segala perbuatan kita terhadap Ibu menerpa satu persatu..
Jika ibu masih ada,sayangilah dia..Jika telah tiada,ingatilah kasih sayangnya.. Sayangilah Ibu kerana kita semua hanya ada seorang Ibu Kandung..
Sesungguhnya hidupku,matiku,amalanku,ibadahku adalah semata-mata krn Allah S.WT...
....Terima kasih Ya ALLAH krn ketika Ibuku sihat,aku ada bersama nya,ketika Ibu sakit,aku juga ada untuk menjaga nya dan menjaga segala keperluannya,Ketika Nazaknya Ibu ku di hOspital,aku juga ada disisi nya sambil membaca Yassin,Ketika Ibu menghembus nafas terakhir,aku juga disisinya sambil mencium dahinya serta tangannya untuk kali terakhir,Ketika Jenazahnya dibawa ke rumah,aku juga ada bersamanya didalam Van Jenazah..Ketika Jenazah Ibu dimandikan,aku juga yg berpeluang memandikannya utk kali terakhir,Ketika Jenazah Ibu dikafankan,aku juga berpeluang menyertainya utk mengkafankan jenazah Ibu..Ketika jenazah Ibu disembahyangkan,aku juga ada utk nya Dan ketika Jenazah Ibu dihantar ke tanah perkuburan,aku juga ada untuknya.. Besarlah dugaan Mu ya Allah untuk pertama kalinya dalam hidupku... Terima Kasih aku di duga dengan ujian ini..Aku bersyukur dgn RahmatMu krn aku berpeluang membalas jasa ibuku ketika hayatnya masih ada..Dan berilah aku kekuatan hati utk menerima ujian yg seterusnya..
"Etie sayang Mak.....Ampunkan dosa Etie mak..