22 Jun 2011

Jodoh Itu Rahsia Allah SWT

Ya Allah..
Jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yg melabuhkan 
cintanya pada-Mu agar b'tambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu..

jOdOh itu rahsia Allah t'hadap kita..Dan sesunggunya kita x tahu dan dpt meramal apa yg ada di masa hadapan..Siapa jOdOh kita,berada disisi kita sama ada sihat @ sakit.. Di mana susah @ senang.. Di waktu suka @ duka.. Dan siapa wajah yg akn b'sama kita hingga ke akhir hayat..? Ya..Itulah rahsia di dalam kehidupan kita.

Kadang kita menyangka,antara kita dgn dia sngt dekat dan amat rapat hubungan itu.. Dan kita sangkakan dialah segalanya..Sehingga kita lupa akn suratan dan takdir.. Kita amat yakin dan pasti si dia adlh jOdOh kita.. Sedangkan antara kita dan dia belum menjadi halal lagi..

Kita sering merancang akn satu kehidupan yg bahagia bsama si dia insan yg kita sayangi.. Satu kisah p'cintaan yg panjang di dlm sejarah hidup.. Dan kita terus di alam mimpi krn impian  mendirikan rumah tangga dgn org yg kita sangkakan itulah permata hati kita.. Sedangkan kita manusia,merancang cumalah watak kita.. sesungguhnya sebaik baik perancang adlh dari Allah..

Kerana itulah,setiap percintaan di masa sebelum berlakunya perkahwinan hendaklah bercinta secara bersahaja.. Berkawan mengenal hati budi masing2.. kerana belum tentu itu jOdoh kamu dan dia..

Dan siapa sangka,org yg kita benci menjadi jOdoh kita.. Dan mungkin,jOdoh kita itu org yg kita langsung x kenal.. Dan mgkin org yg kita kenal tp x kita sangka menjadi sebahagian dlm hidup kita..Berdoalah agar di jOdohkan dgn org yg baik-baik shj..

Perkahwinan bkn suatu yg bOleh di jangka,di cuba-cuba dan di agak-agak.. Bila akad telah di lafazkan bersaksi dan berwali maka tiada ruang utk kita b'patah balik.. Apa jua yg berlaku slps itu,redha lah..tempuhilah ia dgn hati yg tenang..

Buat jOdohku yg ntah siapa pun dia,terima kasih menerima diriku yg serba kekurangan.. Sudah tertulis aku dan kamu pd Rahsia Allah,mOga ianya kekal hingga ke akhir hayat..InsyaAllah..Berpisah kita cuma mati..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan